Semua port dalam sebuah hub berkongsi 10MB bandwidth contohnya bagi hub yang mempunyai 8 port , 10MB akan dikongsi oleh 8 user. Bermakna jika ada seorang user bernama Abu mendownload sebuah file multimedia yang bersaiz besar, maka hanya sedikit sahaja bandwidth yang boleh digunakan untuk user lain | Switch pula boleh mencapai 10MB bandwidth bagi setiap port. Semua user boleh mendapat sambungan maksimum 10MB dan juga jika Raju adalah bos dalam sebuah organisasi maka dia boleh menyuruh system adminnya mendedikasi sambungan 10MB untuk PCnya sahaja dan sambungan bandwidth yang kurang untuk user2 lain. |
Hub akan menghantar semua packet yang diterima oleh satu port ke semua port2 lain walaupun hanya satu port sahaja yang sepatutnya menerima packet tersebut. Contohnya komputer X menghantar data ke komputer Y, maka setiap port akan menerima packet tersebut walaupun hanya komputer Y yang sepatutnya menerimanya. | Switch pula lebih bijak dari hub dan akan menghantar packet kepada destinasinya sahaja. Kelebihan ini adalah kerana switch mempunyai ciri2 intelligent iaitu boleh menyimpan table MAC address NIC (network interface card) peralatan komputer lain dengan membuat perbandingan sebelum menghantar ke destinasinya yang betul. Dengan cara ini "network utilisation" dapat dikurangkan kerana bandwidth digunakan dengan lebih efficient. |
Collision kerap berlaku kerana 10MB bandwidth dikongsi oleh beberapa ports. Jika berlaku penghantaran packet serentak diantara user2 tersebut packet tersebut menunggu masa yang lebih lama sebelum dihantar semula. | Collision mungkin tidak/kurang berlaku kerana network boleh disegmenkan kerana packet hanya dihantar ke destinasinya dan bukan ke semua port2 lain. |
0 comments:
Post a Comment